web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Godam Data Perkeso: Kerajaan Perkukuh Keselamatan Siber Negara - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 3:54PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan kini sedang memperkukuhkan keselamatan siber di negara ini bagi mengelak berlakunya insiden serangan siber, seperti terjadi kepada laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang digodam sejak Sabtu lepas (2 Dis).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan untuk mengekang serangan siber.

“Kita sekarang memperkukuhkan cyber security dan ada juga keputusan MKN dan MCMC, untuk menjalin kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan mengekang serangan siber,” katanya kepada pemberita selepas melawat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilapor berkata CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan laman pangkalan data Perkeso digodam.

Mengulas mengenai pelantikan lima ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Anwar menyifatkan ia merupakan penugasan dalam meneruskan usaha kerajaan MADANI yang mengutamakan tatakelola baik dengan membanteras rasuah di negara ini.

“Sepertimana kita tahu dalam Kerajaan MADANI, tatakelola merupakan pokok utama dan pembanterasan rasuah mesti diteruskan.

“Memang ada sedikit kejayaan permulaan dan antara ukuran penting ialah pimpinan. Sehingga sekarang, setahun belum ada bantahan dan pendedahan tentang salah laku dan rasuah dalam kalangan pimpinan (kerajaan),” katanya.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), Ahli Parlimen Batang Lupar Mohd Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui (GRS-Tawau) dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman (PH-Bentong), menerima surat cara pelantikan sebagai ahli JKMR pada 28 Nov lepas.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, mereka dilantik selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Anwar dan tempoh keahlian mereka berkuat kuasa mulai 9 Okt lepas hingga 8 Okt 2026.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam berkunjung ke reruai beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan menerima cenderahati daripada agensi di bawah KKD seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Anwar yang tiba kira-kira 11.30 pagi disambut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar