web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Anjur Program Setahun Kerajaan MADANI Di Peringkat Negeri – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 2:40PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan mempertimbang untuk menganjurkan pameran seperti Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di peringkat negeri berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

“Saya saksikan minat rakyat bertambah baik dan kalau dalam keadaan begini kita (kerajaan) mungkin menimbang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan untuk memindahkan kegiatan pameran seperti ini.

“Ini bagi memberi pencerahan kepada rakyat di setiap negeri di negara ini," kata beliau kepada pemberita selepas meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Mengenai lawatannya itu, Anwar berkata program berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan malah kerjasama antara semua jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta adalah amat memuaskan.

Anwar juga meminta pengunjung terutama golongan muda supaya meneliti setiap langkah, kemudahan dan perkhidmatan yang dilaksanakan semua kementerian menerusi Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan acara kemuncak adalah majlis perasmian penutupan yang dijadual disempurnakan oleh Anwar, esok.

Program itu bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu setiap kementerian kepada rakyat di samping meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad