web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar, Ugut Penunggang Motosikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 9:10AM

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak melanggar dan mengugut seorang penunggang motosikal lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di kawasan Tasek Gelugor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan oleh polis mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa menegur seorang lelaki yang memandu kereta kerana suspek memotong kenderaan tanpa memberi isyarat lampu sisi dan tindakan tersebut berbahaya.

"Pemandu kereta itu yang tidak berpuas hati telah bertindak melanggar motosikal dan penunggang motosikal itu dengan keretanya, ekoran kejadian tersebut mangsa (penunggang motosikal) membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian yang turut tular di media sosial itu jelas adalah jenayah dan siasatan dijalankan di bawah bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat Insp Lee Howe Chong di talian 016- 598 9576.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 27 saat memaparkan seorang penunggang motosikal diugut dan dilanggar oleh seorang pemandu kereta Proton Wira sehingga mengalami kecederaan kaki kanan dan motosikalnya rosak.

Pemandu itu dilihat keluar daripada kenderaannya dengan memegang sebatang besi, namun sebaik mangsa memberitahu dia merakam video, suspek terus masuk semula ke dalam kereta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar