web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Perbualan Tular: Wahab Saman Pengarah J-KOM, Chegu Bard

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 7:23PM

Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, pada sidang media khas, 17 November lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, kakitangan di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), yang sebelum ini dikaitkan dengan satu video tular, hari ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM.

Portal Berita Harian melaporkan, Abdul Wahab turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain.

Laporan itu menyebut, peguam Faizal Rahman, yang mewakili Abdul Wahab, memaklumkan surat tuntutan saman sudah dihantar kepada dua pihak iaitu ahli jawatankuasa penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard dan pengarah bahagian di J-KOM, Hakim Ramlee.

Beliau dilaporkan berkata, tuntuan itu berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan anak guamnya.

"Setakat ini, arahan diberikan adalah keluarkan surat tuntutan saman kepada dua individu ini berhubung penularan video lucah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagaimanapun, Faizal enggan mengulas mengenai Mr H, yang sebelum ini dikatakan dalang rakaman video perbualan itu.

"No (tiada) komen, cuma pada saya, pihak polis sewajarnya dedahkan (identiti Mr H) bagi menunjukkan pentadbiran yang tidak memihak," katanya.

Abdul Wahab mula menjadi bualan orang ramai selepas satu rakaman video perbualan lucah yang dikatakan membabitkan individu mirip Mohammad Agus dengan seorang lelaki, tular pada 16 November lalu.

Mohamad Agus yang sebelum itu memaklumkan meletak jawatan kerana mendapat tawaran kerja lain, kemudian tampil mengadakan sidang media bersama-sama Abdul Wahab pada 17 November, mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan sudah disunting.

Pada sidang media sama, Abdul Wahab turut mendakwa dijadikan kambing hitam oleh individu yang hanya dinamakan sebagai Mr H, bagi menjatuhkan Mohammad Agus. – Getaran, 8 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad