web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis Minta Orang Ramai Guna Pengangkutan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 7:27PM

Perkhidmatan bas perantara ke lokasi Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang bermula esok hingga Ahad ini. - gambar Malaysia MADANI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini, beliau berkata polis menjangkakan 90,000 pengunjung hadir ke program berkenaan.

“Saya menasihatkan orang ramai yang hadir ke acara itu agar menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas memandangkan ada acara lain dianjurkan pada masa sama di sana seperti perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 (8 Dis), Konsert Gegar Vaganza di Axiata Arena (10 Dis) dan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 (5-15 Dis).

"Orang ramai juga tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di bahu jalan sekitar laluan masuk dan keluar stadium atau berdepan tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

Mengulas tentang kawalan keselamatan ketika final Piala Malaysia 2023 pada malam esok, Zam Halim berkata polis menjangkakan 85,000 penyokong bola sepak bakal membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC)

“Sebanyak 1,400 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis akan ditugaskan mengawal lalu lintas dan menjaga kenteraman awam di lokasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata polis turut memberi amaran tegas kepada mana-mana individu agar tidak mencetuskan kekacauan, rusuhan serta provokasi melampau semasa perlawanan dan selepas tamat perlawanan bola sepak itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kes kanak-kanak berumur enam tahun yang maut disyaki didera di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini, Zam Halim berkata polis merakam keterangan penjaga disyaki terlibat dalam insiden tersebut semalam, dan kes masih dalam siasatan.

Isnin lepas, polis memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, pada Sabtu lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad