web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 8:02AM

Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui dalam keadaan mengiring oleh seorang penduduk yang terbabit dalam gerakan mencari - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamanannya di sini, malam tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis.

Beliau berkata Zayn Rayyan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari semalam.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Mengulas sama ada kanak-kanak itu diculik atau sebaliknya, Mohd Fakhrudin berkata pihaknya setakat ini tidak mendapati sebarang unsur penculikan.

Mengulas mengenai keadaan mayat ketika ditemui, Mohd Fakrudin berkata mayat kanak-kanak itu dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian sukan.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya masyarakat setempat yang membantu polis dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak ini,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, yang juga penduduk setempat yang terlibat mencari kanak-kanak itu, Faizol Najib Abudi Naim, 45, berkata beliau melakukan solat Isyak dan solat hajat sebelum meneruskan usaha mencari Zayn Rayyan malam tadi.

“Sebelum ini termasuk siang tadi, saya bersama rakan-rakan lain mencari dia di kawasan berhampiran sungai namun tidak jumpa tetapi hari ini (malam ini) hati saya tergerak untuk mencari di tempat yang sama.

“Saya guna lampu suluh di kawasan anak sungai dan nampak sekujur tubuh lalu terus saya terjun ke dalam anak sungai berkenaan,” katanya.

Faizol berkata beliau memanggil Zayn Rayyan kerana menyangka kanak-kanak itu keletihan kerana dilihat berada dalam keadaan mengiring.

“Saya panggil nama dia (Zayn) tetapi dia tidak menyahut, terus saya menjerit memanggil ambulans rupanya Zayn Rayyan sudah tidak bernyawa. Saya sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan Bebas Tuduhan Pengabaian, Ismanira Diperintah Bela Diri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Sambil Lewa - Pegawai Penyiasat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut - Pakar Forensik

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad