web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Selamatkan 38 Murid, 6 Guru Tabika Terperangkap Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 9:22PM

Anggota bomba dan penyelamat menyelamatkan murid dan guru Tabika yang terperangkap dalam banjir kilat di Johor Bahru, petang tadi. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 38 murid dan enam guru sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Kampung Mohd Amin, di sini, berjaya diselamatkan petang tadi, selepas terperangkap akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 3.30 petang, sebelum 20 anggota dengan kekuatan dua bot JBPM dan satu bot awam, digegaskan ke lokasi kejadian. 

“Turut diselamatkan dua warga emas termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dihantar ke kawasan perumahan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota JBPM masih berada di lokasi bagi tujuan pemantauan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, JBPM memaklumkan terdapat lapan mangsa termasuk tiga warga emas dan tiga kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Abas, Benut, Pontian dekat sini, susulan banjir kilat, petang tadi.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke kawasan lebih tinggi, serta mereka telah menumpang di kediaman saudara terdekat,” menurut kenyataan JBPM.

Setakat ni, tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Terdahulu, terdapat 25 lokasi di daerah Johor Bahru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama dua jam sejak 12 tengah hari tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad