web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat: Mangsa Pecah Pintu, Kopak Bumbung Untuk Selamatkan Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 8:27PM

Jalan Mas di Taman Kolam Air, Johor Bahru adalah antara 25 lokasi yang dikenalpasti terjejas banjir kilat susulan hujan lebat kira-kira dua jam sejak tengah hari tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Beberapa penduduk di Jalan Mas, Taman Kolam Air, di sini menempuh detik cemas apabila terpaksa memecahkan pintu dan bumbung rumah untuk menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat petang tadi.

Mangsa, Muhammad Ikram Md Rashid, 24, berkata dia menyedari dirinya terperangkap selepas terdengar bunyi hentakan kuat pada pintu depan rumahnya.

"Ketika itu saya sedang berbaring sebelum terdengar bunyi seperti hentakan di pintu. Bila saya jenguk ke luar tingkap, rupanya air sudah naik hingga ke paras dada.

"Saya terus jerit minta tolong kerana kami yang berada dalam rumah tak dapat keluar sebab air di luar dah tinggi. Selepas 20 minit, baru ada jiran bantu kopakkan pintu," katanya ketika ditemui BERNAMA di sini, hari ini.

Dia yang bekerja di Singapura dan kebetulan tidak bekerja hari ini, berjaya keluar dengan sehelai sepinggang.

Sementara itu, Joshua Abraham, 29, yang menyewa di kawasan itu berkata, dia dan rakan-rakannya terpaksa mengopak bumbung rumah untuk mengeluarkan seorang daripada rakan mereka.

"Semua terkejut bila dengar jeritan. Saya tak dapat nak bawa apa-apa, baju pun tak pakai. Saya risaukan pasport sebab saya kerja di Singapura, tapi hari ini tak kerja," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dia juga tidak sempat menyelamatkan motor dan kereta miliknya kerana air naik terlalu cepat. 

Seorang peniaga, P. Kili, 50, bimbang selepas dua kali dilanda banjir kilat dengan banjir kali ini lebih buruk.

Dia yang berniaga kedai makan, kedai dobi dan kedai barangan kahwin berkata, kesemua barangan dan perkakas di ketiga-tiga kedai tersebut rosak teruk.

"Tujuh mesin basuh dan dua peti sejuk ditenggelami air. Saya tak sempat berniaga hari ini, semuanya sudah rosak.

"Kali pertama banjir pada tahun lepas tetapi cuma paras lutut, itupun sudah rugi ribuan ringgit. Tak tahulah bagaimana kali ini," katanya dalam nada sedih.

Hujan lebat berterusan selama dua jam di bandar raya ini sejak tengah hari tadi mengakibatkan kira-kira 25 lokasi dilanda banjir kilat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad