web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Lelaki Ditahan, Kes Pergaduhan Hingga Cedera Parah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 8:13PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu sehingga seorang cedera parah di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai di sini, awal pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.30 pagi dan sepasukan polis dari cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut terus ke lokasi kejadian.

"Sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian, mendapati seorang lelaki berlumuran darah kerana mengalami kecederaan di kepala dan dia juga sedang memegang sepucuk pistol ketika itu. Polis menahannya untuk siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Saravanan berkata, dalam masa sama dua anggota bertindak mengejar sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai turut terlibat dalam pergaduhan itu dan mahu melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, polis kemudiannya berjaya menahan empat lelaki yang melarikan diri dan siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka. 

"Ekoran penahanan lima lelaki itu, polis merampas sepucuk pistol dan sebilah senjata tajam yang digunakan dalam kejadian pergaduhan tersebut, manakala lelaki yang cedera parah itu menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, kesemua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia 24 hingga 34 tahun dan mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Bergaduh Di Kedai Runcit Sudah Ditahan Polis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Bayar Tambang Bas, Pemandu Dan Penumpang Bergaduh

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pergaduhan Di Stadium MBPJ, Polis Tahan 23 Lelaki

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar