web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Individu Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Emas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 1:54PM

V.Saravanan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali di seluruh badan dalam kejadian di kawasan parkir sebuah apartmen di Jalan Perak, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V.Saravanan berkata, tiga individu berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Jelutong kira-kira 7.30 malam semalam.

"Tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu adalah kawan rapat kepada lelaki warga emas yang maut dalam insiden tikaman tersebut.

"Motif siasatan masih dijalankan dan ketiga-tiga individu itu kini direman selama tiga hari sehingga 8 Disember ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya di sini hari ini.

Saravanan berkata siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar menghubungi pihak polis.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa berusia 60an yang merupakan peniaga kedai nasi ekonomi ditikam bertubi-tubi pada seluruh badan terutama di leher dan dada sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai dua lelaki yang menaiki motosikal ke tempat kejadian dan polis menolak insiden itu sebagai samun kerana barangan berharga termasuk duit masih bersama mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad