web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chua: Menteri Kesihatan Yang Berkesan, Pejuang Reformis Kental - Anwar 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:30PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (empat, kanan) tiba di Gereja Full Gospel Assembly Kuala Lumpur Kuchai Lama hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang meninggal dunia pada 3 Disember lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mendiang Datuk Chua Jui Meng akan dikenang bukan sahaja sebagai antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan tetapi juga seorang pejuang reformis kental yang sentiasa bersama PKR ketika zaman sukar parti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengenali mendiang hampir 40 tahun, selepas Chua menjadi Ahli Parlimen dan semasa mendiang menjadi pemimpin MCA. 

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, Chua adalah antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan kerana menyumbang jasa besar kepada negara terutama dalam bidang itu. 

“Kemudian dalam zaman liku-liku perjuangan yang sangat sukar bagi kami (PKR), hubungan kami menjadi lebih akrab kerana beliau (Chua) sentiasa bersama, memberikan kerjasama dan bantuan sebagai pemimpin Keadilan dan juga tenaga reformis yang penting.

Beliau telah menunjukkan kekentalan, semangat dan dedikasinya kepada parti dan sebab itu, kita merasakan kehilangan seorang sahabat dan pejuang reformis di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Gereja Full Gospel Assembly Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar tiba di gereja itu pada jam 4.28 petang dan menandatangani buku takziah sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama keluarga mendiang.

Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada petang Ahad. 

Hasil perkahwinan Chua dengan Datin Honey Wong Nyet Lan, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata.

Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad