web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Syarikat Cetak Harakah Dapat Penghakiman Terus Tuntut PAS Bayar Hutang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:20PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, membenarkan permohonan bekas syarikat pencetakan akhbar Harakah untuk memasukkan penghakiman terus terhadap PAS bagi mendapatkan baki hutang sebanyak RM656,233.69.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun turut memerintahkan parti politik itu membayar kos RM3,000 kepada N.A.J Press Resources (M) Sdn Bhd, selaku plaintif pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili PAS; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd selaku defendan.

Peguam Surya Putra Taulan, mewakili syarikat pencetakan N.A.J Press Resources ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.

Pada 2 Oktober lalu, syarikat itu memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman terus terhadap ketiga-tiga defendan. 

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui penghujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan plaintif telah bersetuju untuk menerima pelantikan plaintif sebagai pencetak akhbar Harakah milik defendan-defendan, selain mendakwa defendan gagal membayar baki bayaran RM656,233.69 bagi kerja-kerja mencetak akhbar berkenaan.

Namun, plaintif berkata, defendan-defendan ada membuat sebahagian pembayaran berjumlah RM23,518.34 pada 31 Oktober 2017 dan baki bayaran RM656,233.69 masih belum dibayar sehingga kini.

Dalam saman difailkan pada 11 Julai lalu, plaintif menuntut defendan-defendan supaya membayar RM656,233.69 kepada syarikat itu.

Syarikat itu turut mendakwa defendan-defendan mengakui berhutang dan berjanji untuk membayar hutang tersebut.

Menurut plaintif, surat peringatan telah dihantar kepada PAS dan Harakah bertarikh 5 Ogos 2019 bagi menuntut baki bayaran hutang itu, namun sehingga kini hutang itu masih gagal dijelaskan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad