web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Ramai Harap Pemberian eMADANI Diteruskan, Syarat Penggunaan Dilonggar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 6:04PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Orang ramai yang menerima kredit e-tunai eMADANI dilaksanakan kerajaan Persekutuan, berharap pemberian itu diteruskan setiap tahun, terutamanya menjelang musim perayaan, selain jumlahnya ditambah pada masa akan datang.

Seorang suri rumah Siti Norain Usop, 33, berkata beliau berharap pemberian e-tunai itu diteruskan pada masa akan datang dan turut mencadangkan supaya kerajaan menambah baik pelaksanaan pemberian bantuan ini kepada golongan warga emas, yang kebanyakannya tidak mahir dalam urusan menebus kredit e-tunai.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, beliau memohon bantuan itu pada 8 pagi semalam dan wang tersebut dikreditkan ke dalam akaun Touch n Go (TNG) miliknya, kira-kira empat jam kemudian.

“Alhamdulillah saya layak menerimanya, saya boleh gunakan sebagai tambahan kewangan pada bulan ini, dengan membeli barangan keperluan dapur dan lampin pakai buang anak saya.

“Pemberian e-tunai ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan perbelanjaan suami saya yang bekerja sendiri,” katanya yang tinggal di FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah dekat sini.

Seorang lagi penerima Anis Nadhirah Mohd Nasir, 39, berharap kerajaan dapat meneruskan pemberian e-tunai itu, terutamanya semasa musim perayaan bagi membolehkan rakyat berbelanja.

“Saya berharap kerajaan dapat menambah jumlah pemberian e-tunai ini, bagi menangani bebanan kos sara hidup yang semakin menekan ketika ini,” katanya yang juga pekerja di sebuah syarikat penerbangan.

Nurshafizah Suhairi, 28, dari Gunung Semanggol di daerah Kerian turut berharap pemberian e-tunai tidak dilakukan pada kali ini sahaja, memandangkan ketika ini sudah ramai membuat pembelian barangan secara pembayaran tanpa tunai, yang sangat memudahkan urusan harian.

“Saya berpendapat supaya kerajaan tidak menetapkan sebarang syarat bagi penggunaan wang di dalam e-tunai ini.

“Pengguna bebas untuk membeli tidak kira secara atas talian atau sebaliknya, kerana bagi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, aplikasi pembayaran di kedai fizikal hanya terhad untuk beberapa kaedah sahaja, dan hal ini tidak memaksimumkan penggunaan wang berkenaan,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai.

Bagi Rosdalilah Zahari, 41, beliau tidak menyangka sama sekali proses pengkreditan e-tunai itu, tidak mengambil masa lama untuk menerimanya.

“Saya memohon menerusi aplikasi Touch n Go pada jam 8 pagi dan saya menerimanya kira-kira 12 tengah hari semalam.

“Saya mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan dapur. Terima kasih kepada kerajaan MADANI dan berharap pemberian sebegini diteruskan pada masa akan datang, dengan jumlahnya dapat ditambah,” katanya yang merupakan seorang pekerja swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar, dapat memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40, diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Sudah Dikreditkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masih Ada Yang Tunaikan eMADANI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad