web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shafee, LHDN Dalam Proses Selesaikan Kes Tunggakan Cukai Pendapatan RM9.41 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 4:26PM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses menyelesaikan saman yang difailkan oleh LHDN untuk mendapatkan balik tunggakan cukai pendapatan lebih RM9.41 juta yang terhutang olehnya.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Muhammad Shafee, memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain bahawa pihak-pihak juga memohon penangguhan pendengaran hari ini kerana perkembangan baharu (untuk menyelesaikan saman itu).

Mahkamah dijadual mendengar permohonan LHDN untuk penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee hari ini.

(Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui penghujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi).

Roz Mawar kemudian menetapkan 8.30 pagi pada 15 Dis untuk mendengar permohonan penghakiman terus oleh LHDN.

"Jika tiada penyelesaian, saya perlu meneruskan kes ini. Kes ini sudah terlalu lama," katanya.

Sementara itu, Rajan memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang berunding untuk kemungkinan bagi penyelesaian kes.

"Kami sedang mempertimbangkan sama ada ia boleh diselesaikan secara baik," katanya.

Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus yang mewakili LHDN, berkata LHDN telah memberi maklum balas terhadap cadangan yang dihantar Muhammad Shafee bulan lepas untuk menyelesaikan kes itu.

Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon samannya terhadap Muhammad Shafee yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus, atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan ke atas jumlah yang dikenakan.

Pada 28 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhammad Shafee atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu pada 1 Nov tahun lepas. - BERNAMA 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad