web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiga Gudang Simpan Logam Tembaga, Wayar Di Bukit Selambau Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 9:26AM

Kebakaran di tiga gudang barangan terpakai logam tembaga di sebuah kilang di Bukit Selambau, Sungai Petani. - gambar Pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Tiga gudang yang menempatkan barangan terpakai berupa logam tembaga dan wayar di sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata kebakaran berjaya dikawal pada 10.02 malam dan tiada yang dilaporkan cedera.

"Pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi dan setibanya di lokasi, didapati berlaku letupan seakan bunga api di kawasan kebakaran...bagaimanapun api telah berjaya dikawal pada 10.02 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan ke lokasi malam tadi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bertindak mematikan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama-sama pasukan dari BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan...turut membantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau, PBS Jeniang, PBS Semeling, PBS Bedong, PBS Sik, PBS Gurun dan PBS Kota Sarang Semut.

"Operasi pemadaman dibahagikan kepada empat sektor yang membabitkan empat gudang, bagaimanapun api tidak merebak ke sektor keempat...punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad