web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Meningkat, Tapi Keadaan Masih Terkawal - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 2:31PM

Majoriti kes terdiri daripada pesakit berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98.0 peratus hanya bergejala ringan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi dan varian COVID-19 dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, petugas kesihatan sama ada di fasiliti kesihatan awam dan swasta juga telah diminta untuk sentiasa berwaspada (alert) dengan peningkatan kes COVID-19 dan mempunyai high index of suspicion ke atas pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, khususnya  golongan yang berisiko tinggi.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 November hingga 25 November, sebanyak 3,626 kes COVID-19 telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 57.3 peratus, berbanding 2,305 yang dilaporkan pada ME 46/2023 (12 November  hingga 18 November). 

“Majoriti kes (48.0 peratus) terdiri daripada pesakit berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98.0 peratus adalah hanya bergejala ringan,” katanya.

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan - gambar fail

Jelas Dr Muhammad Radzi, kes mingguan COVID-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak Minggu ME 41/2023 sehingga ke ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

“Terdapat lapan kluster COVID-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut. 

“Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan shingga ME 47/2023 adalah sebanyak 7,248, dengan majoriti kluster adalah kluster pendidikan,” katanya. 

Beliau memberitahu, sebanyaj empat varian Omicron baharu dilaporkan pada ME 47/2023, dengan kesemuanya terdiri daripada Variant of Concern (VOC). 

“Jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan VOl adalah sebanyak 28, 102. 

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 27,297 kes adalah VOC manakala 805 lagi adalah VOI,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata, 72.8 peratus kes VOC terdiri daripada varian Omicron, diikuti dengan 26.3 peratus daripada varian Delta dan selebihnya adalah varian Beta dan Alpha. 

“Bagi kes-kes VOI, 785 kes (97.5 peratus) currently circulating VOI (519 kes XBB.1.16 dan sublineages, 251 kes XBB.1.5 dan sublineages, serta 15 kes EG.5 dan sublineages) telah dilaporkan,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad