web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Video Individu Mirip Bekas KP J-KOM Dirujuk Ke Peguam Negara Esok - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 8:06PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang kakitangan jabatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok selari dengan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Razarudin berkata individu yang dinamakan sebagai ‘Mr H’, yang didakwa ada kaitan dengan video terbabit juga telah dipanggil hari ini bagi sambungan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk mendedahkan identiti ‘Mr H’ kepada umum susulan siasatan masih dijalankan dan ia dikhuatiri akan mengganggu proses itu.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya baru-baru ini di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita membabitkan pegawai sebuah agensi keselamatan pula, Razarudin berkata kertas siasatan kes itu juga akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.

Beliau berkata lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

Sebelum ini, tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.

Dalam kes berasingan, Razarudin berkata lelaki yang ditahan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini.

“Siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai membuat hantaran berkenaan secara suka-suka kerana baharu menggunakan aplikasi TikTok.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk bukti-bukti teknikal dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 4 Dis ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik namun video tersebut sudah dipadamkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad