web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Abdul Wahab Buat Laporan Di IPD Kajang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 4:54PM

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani (kanan) ketika sidang media bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada 17 November lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani membuat laporan polis hari ini berhubung rakaman video perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan seorang kakitangan agensi itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama berkata Abdul Wahab membuat laporan polis pada 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini.

Beliau berkata kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus mendakwa video berkenaan disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Hussein berkata polis masih mengesan beberapa lagi individu terlibat dalam pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, 25 November lepas.

Beliau berkata daripada 23 individu yang ditahan, sembilan daripada mereka akan dituduh esok di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

“Selebihnya akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Ahad lepas, tular menerusi media sosial video berdurasi 44 saat dan tiga keping gambar memaparkan pergaduhan sekumpulan individu serta kenderaan rosak akibat pergaduhan di Stadium MBPJ sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad