web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Produk Vape Tidak Boleh Diiklan Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Dikuatkuasakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:19PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rokok elektronik atau vape tidak lagi boleh diiklankan, dipromosi  dan terlibat dalam tajaan, selepas Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dikuatkuasakan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan produk merokok yang sudah dikuatkuasakan dalam undang-undang sedia ada, kini diperluaskan kepada semua produk termasuk rokok elektronik, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.

Beliau berkata rang undang-undang itu menerusi Fasal 3, 4, 5 dan 6 juga memperuntukkan semua pengimport dan pengilang produk merokok wajib membuat pendaftaran kepada setiap produk tembakau yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia.

“Ini penting dan kritikal kerana ia membolehkan setiap produk direkod spesifikasi dan kandungannya, selain memudahkan penguatkuasaan di lapangan termasuk mengenal pasti produk tidak berdaftar,” katanya  ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Zaliha berkata rang undang-undang itu penting untuk dikuatkuasakan, bukan sahaja bagi mengatasi kelompongan di dalam perundangan sedia ada dan melindungi golongan bukan perokok kepada kesan sampingan asap rokok, malah kepada golongan kanak-kanak atau didefinisikan sebagai Orang Belum Dewasa (OBD).

Beliau berkata ini kerana statistik terkini menunjukkan lima juta rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 15 tahun dan ke atas merupakan perokok.

“Dengan kewujudan dan trend rokok elektronik atau vape ketika ini, jumlah perokok dalam lingkungan usia berkenaan dijangka akan terus meningkat.

“Malah tinjauan kesihatan dan komorbiditi kebangsaan mendapati jumlah perokok dalam lingkungan usia itu iaitu bermula seawal 15 tahun, meningkat sekali ganda kepada 1.2 juta pada 2019 berbanding 600,000 perokok pada 2016,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Zaliha berkata Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, akan mengawal selia tiga kategori produk merokok iaitu pertama, produk tembakau yang ditafsir sebagai tembakau yang diproses atau apa-apa produk mengandungi tembakau bagi kegunaan manusia.

“Kedua, apa-apa gabungan bahan digunakan untuk merokok termasuk nikotin, Propylene Glycol, Glycerol atau Triethylene glycol (yang boleh didapati di dalam rokok elektronik).

“Ketiga, produk pengganti tembakau iaitu apa-apa produk yang diproses selain produk tembakau (seperti daun nipah) yang boleh digunakan dengan atau tanpa bahan merokok,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad