web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedutaan Palestin Nafi Dakwaan Minta Sumbangan Disalur Menerusi Kedutaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 4:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan melalui kedutaan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Dalam kenyataan kepada Bernama pada Rabu, kedutaan itu memaklumkan mereka konsisten menekankan keperluan untuk semua aktiviti pengumpulan dana dilaksanakan di bawah pengawasan, pemantauan dan kawalan pihak berkuasa Malaysia yang bertanggungjawab.

"Malangnya, beberapa pihak tetap mendakwa bahawa kedutaan dan duta Palestin meminta NGO Malaysia menyumbang melalui kedutaan dan ini sama sekali tidak benar," menurut kenyataan itu.

Namun, selaras dengan arahan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah, kedutaan sentiasa bersedia dan tidak akan menyekat usaha untuk memberikan bantuan dan kemudahan melalui saluran diplomatik.

Ini termasuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Malaysia di Jordan dan Mesir dan akaun bank Bulan Sabit Merah Palestin.

"Perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, Palestin berada di bawah penjajahan Israel dan semua sempadan udara, laut dan darat Palestin kini berada di bawah kawalan pihak berkuasa Israel.

"Oleh itu, bagi memudahkan kemasukan sebarang bantuan ke Palestin, penyelarasan perlu dibuat melalui negara jiran (Mesir dan Jordan)," menurut kedutaan itu.

Barangan untuk dihantar ke Gaza perlu dibuat melalui pihak berkuasa Mesir manakala barangan untuk wilayah barat dan Baitulmaqdis dibawa masuk melalui pihak berkuasa Jordan.

Kedutaan itu turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pendirian dan sokongan padu yang diberikan terhadap rakyat Palestin dari segi politik, moral mahupun kewangan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad