web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Ditahan Dipercayai Ibu Bapa 4 Beradik Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 9:04AM

Empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah pada Jumaat lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan dua individu dipercayai ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah dekat Kampung Gajah, pada 23 November lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata, kedua-dua individu itu ditahan dalam tangkapan yang berasingan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

"Polis menahan lelaki terbabit pada Isnin lepas serta merampas sebuah motosikal Modenas Kriss berwarna biru serta pakaian yang digunakan lelaki itu semasa kejadian.

"Polis juga turut berjaya menahan seorang wanita semalam dan merampas sebuah telefon bimbit. Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes ini," katanya dalam kenyataan.

Hafezul Helmi berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 33 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan yang sewajarnya.

Menurutnya, siasatan berkenaan kejadian itu masih dijalankan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat atau berita tidak sahih yang boleh menggusarkan masyarakat setempat.

Pada Jumaat lalu, Hafezul Helmi berkata, pihaknya menerima maklumat melalui pegawai JKM daerah kira-kira 5.39 petang pada 23 November berhubung kejadian empat beradik termasuk seorang bayi dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal kompleks berkenaan.

Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Hafezul Helmi berkata, berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa Mengaku Salah Abaikan 4 Anak, Tinggalkan Di Pondok Pengawal

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JKM Dapatkan Perintah Jaga 4 Beradik Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

3

Semasa 3 tahun yang lalu

4 Beradik Maut Kebakaran Selamat Dikebumikan Di Muar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad