web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKM Dapatkan Perintah Jaga 4 Beradik Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 2:27PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, minggu lalu, diletakkan di bawah pengawasan jabatan itu.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin berkata, ia adalah bantuan sokongan yang dilaksanakan sementara pihaknya mengesan ibu bapa kesemua kanak-kanak berkenaan.

"Pihak polis masih mengesan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak berkenaan. Pada masa sama, JKM memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak itu.

"JKM juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi tujuan pengesanan ahli keluarga," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan terhadap empat beradik itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, mendapati mereka berada dalam keadaan baik serta tiada sebarang kesan kecederaan fizikal.

Empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi Pegawai JKM daerah pada 5.39 petang.

Menurut Hafezul Helmi berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad