web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Rendah, Kurang Pendedahan Faktor Negara Kurang Pekerja Keselamatan Siber

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 5:02PM

Tawaran gaji yang rendah serta kurang pendedahan terhadap kerjaya dalam keselamatan siber dikatakan antara faktor negara kekurangan pakar dalam bidang berkenaan. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Pakar Keselamatan Siber Fong Choong Fook berkata pakar bidang itu lebih gemar memilih untuk bekerja di Singapura kerana pulangan yang berganda.

Beliau berkata bidang keselamatan siber adalah antara sektor yang menerima bayaran tertinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) di negara ini, namun jika dibandingkan dengan Singapura, pendapatan di negara itu lebih lumayan disebabkan perbezaan kadar tukaran mata wang.

“Ini kerana pendapatan kasar pekerja siber tempatan negara sekitar RM3,200 manakala di Singapura SGD3,000 (RM10,500) dan ini menjadi faktor negara kita kekurangan pakar keselamatan siber,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, Fong yang juga Pengerusi Eksekutif LGMS Berhad, sebuah syarikat perunding keselamatan siber, berkata kerajaan perlu memberi insentif atau pengurangan cukai bagi menggalakkan lebih ramai bakat dalam keselamatan siber bekerja di Malaysia.

“Kalau kerajaan hendak capai katakan 25,000 bakat, Malaysia mesti bantu industri tempatan dahulu. Caranya dengan membuat polisi yang boleh menyokong industri ini seperti memberi insentif dan pengurangan cukai, jadi syarikat mampu bayar tenaga kerja dengan gaji lumayan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pengkomputeran di Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Suhaidi Hassan berkata kurangnya kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan siber menyumbang kepada kekurangan pakar bidang itu.

Beliau berkata ketika pandemik COVID-19, berlaku peningkatan pencerobohan maklumat susulan pembangunan pesat teknologi selain peningkatan kebergantungan masyarakat terhadap Internet.

“Awalnya kita tidak sedar benda ini penting tetapi selepas COVID-19, kita mengalami masalah keselamatan siber, saya melihat perlu Malaysia ada lebih ramai pakar dalam bidang ini," katanya.

Suhaidi berkata UUM bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam menawarkan program khusus pada peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana ke arah mempertingkatkan lagi kualiti keselamatan siber dalam negara.

“Penambahbaikan dari segi kokurikulum akan sentiasa dilakukan, juga dari segi capaian kemudahan. Kita akan besarkan lagi pengambilan selari dengan keperluan untuk menambah pakar dalam bidang keselamatan siber ini," katanya.

Beliau berkata selain menambah bilangan sumber manusia, kualiti, pengetahuan, kepakaran dalam bidang itu juga perlu sentiasa dikemas kini seiring perkembangan global supaya setiap serangan keselamatan siber boleh dikendalikan dengan baik.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), Suhaidi berkata Malaysia perlu memperkasakan penyelidik tempatan supaya dapat terkedepan dalam penggunaan teknologi itu.

“Bukan itu sahaja, kita juga perlu memperkasakan agensi teknikal siber negara iaitu CyberSecurity Malaysia,” katanya dan menambah rang undang-undang berhubung keselamatan siber perlu diluluskan segera oleh Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, namun dianggarkan hanya terdapat 13,000 pakar bidang itu di pasaran. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar