web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Pemindahan Kekal Bencana Akan Diwujud Segera di 9 Negeri - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 12:43PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) akan diwujudkan segera, dengan projek rintis dimulakan di sembilan negeri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, PPKB itu melibatkan kos siling RM5 juta bagi setiap pusat dan bakal menjadi satu kemudahan perlindungan mangsa banjir yang lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita hadapi banjir setiap tahun, tak munasabah hanya jadikan PPS sahaja, sebab itu kerajaan putuskan untuk segera ditubuhkan PPKB.

“Jadi pusat ini mungkin juga boleh jadi pusat aktiviti komuniti (di luar musim banjir) tetapi dengan satu persiapan (hadapi banjir) agar ia lebih baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sama ada kerajaan ada perancangan dan tindakan untuk menambah baik kemudahan asas PPS di seluruh negara.

Menjawab soalan asal Shamshulkahar mengenai persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir dan musim Monsun Timur Laut, Anwar berkata, RM241 juta peruntukan awal sudah disalurkan untuk kegunaan 164 daerah, di bawah semangat Malaysia MADANI.

Beliau berkata, persiapan prabencana juga ditingkatkan melalui pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti, malah Jabatan Pengairan dan Saliran sudah mengenal pasti 5,648 lokasi hotspot banjir.

“Kerja-kerja penyelenggaran telah dilakukan, selain aktifkan bilik kawalan operasi, pusat ramalan dan amaran banjir yang beroperasi 24 jam. Kita juga tempatkan 737 pam bergerak di semua lokasi hotspot banjir seluruh negara serta menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web,” katanya.

Perdana Menteri berkata, 66,169 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi kerajaan di semua peringkat, berada dalam keadaan bersiap siaga merangkumi Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, dengan sokongan 25,440 unit pelbagai aset.

Anwar berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 PPS, dengan kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.

Anwar berkata, persiapan yang lebih penting dalam menghadapi dan menangani banjir adalah memastikan segala projek berkaitan tebatan banjir, dilaksanakan segera di seluruh negara.

“...tentang tebatan banjir ketika ini enam projek dah berjalan mengikut jadual, belasan projek lain dah masuk persiapan akhir untuk dimulakan dalam tempoh satu dua bulan ini di seluruh Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai peruntukan khas kepada kawasan Parlimen yang sering dilanda banjir, Anwar berkata, Kelantan diberikan keutamaan, memandangkan kesan banjir di negeri berkenaan lebih parah.

“Ini termasuk pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan Fasa Dua dan rancangan tebatan banjir Kota Bharu, mungkin dimulakan dalam sebulan ini, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin semalam juga bersetuju disegerakan pembinaan jambatan dan penyelenggaraan  Sungai Golok ke Rantau Panjang, dalam usaha mengurangkan tekanan banjir,” katanya.

Anwar semalam mengadakan lawatan kerja ke Sadao, Wilayah Songkhla, Thailand dengan fokus membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan rakan sejawatannya.

Menyentuh soal bantuan kepada petani dan penternak terjejas banjir, Anwar berkata, memang telah ada peruntukan buat golongan berkenaan, namun kerajaan akan memastikan jentera di negeri, jajahan dan Persekutuan mempunyai satu nilai ganti rugi yang munasabah kepada mangsa banjir.

Berhubung persediaan Malaysia mengadaptasi penggunaan teknologi dalam menangani isu banjir yang dibangkitkan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), Anwar berkata, negara sebelum ini sudah pun mencapai persetujuan dengan Belanda untuk bekerjasama dalam aspek itu.

“Bagaimanapun, Belanda ada pilihan raya baru-baru ini, perdana menteri yang bersetuju dahulu dah undur diri selepas kelompok ekstrem kanan menang dan ia tidak begitu menggalakkan untuk kita, saya akan hubungi perdana menteri baharu untuk mengetahui komitmen mereka berkaitan kerjasama itu,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad