web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Menurun Di Terengganu, Kelantan, Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 8:08AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan pada malam tadi. 

Di TERENGGANU, situasi banjir hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 55 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berada di PPS membabitkan tiga daerah setakat jam 8 malam tadi. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di Kuala Terengganu, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol.

Sementara itu, enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah di Dungun, manakala sembilan orang daripada dua keluarga masih berlindung di dua PPS yang masih beroperasi di daerah Setiu.

JPBNT turut memaklumkan dua PPS ditutup semalam, selepas kesemua mangsa yang berdaftar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di KELANTAN pula, jumlah mangsa banjir menurun dengan 515 orang mangsa daripada 153 keluarga dilaporkan masih berlindung di empat PPS di dua dearah iaitu Pasir Mas dan Bachok, setakat jam 7.32 malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 246 mangsa daripada 84 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Tok Deh dan 65 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di SK Kedai Tanjong di Pasir Mas.

Di Bachok pula, 137 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di SK Jelawat dan 67 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor.

Manakala di SELANGOR, jumlah mangsa turut mencatatkan penurunan kepada 34 orang daripada 14 keluarga berbanding 83 orang daripada 29 keluarga yang dilaporkan pada pagi semalam.

Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, hanya satu sahaja PPS di daerah Kuala Selangor iaitu SK Sultan Abdul Aziz masih beroperasi, selepas PPS Balai Raya Rantau Panjang ditutup tengah hari semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar