web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laukkaing Bergolak: 127 Rakyat Malaysia Ada Di Lokasi Selamat - Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:39PM

Dr Zambry Abd Kadir - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sehingga kini 127 rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan, berada di lokasi selamat di Myanmar, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Wisma Putra sedang menyelaras persiapan logistik untuk membawa mereka pulang ke tanah air, sementara menunggu arahan daripada pihak berkuasa Myanmar, dan berdasarkan perancangan awal kesemua mereka dijadual akan dibawa pulang pada 30 Nov ini.

Selain kerjasama Myanmar, usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari kawasan berkenaan turut memerlukan kerjasama pihak berkuasa China, dan Zambry menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua negara berkenaan yang memberikan kerjasama baik.

Beliau berkata demikian dalam persidangan media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini berhubung perkembangan terkini usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di negara berkenaan.

Wisma Putra sebelum ini memaklumkan bahawa 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di Laukkaing susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu, dan kebanyakan mereka dipercayai adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Zambry berkata Wisma Putra turut membantu dalam usaha membawa keluar dua warganegara lain iaitu Indonesia dan Hong Kong dari kawasan berkenaan.

Sementara itu Zambri berkata beliau akan menyuarakan komitmen Malaysia mempertahankan hak Palestin pada mesyuarat plenari di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) esok dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 29 Nov ini di New York, Amerika Syarikat.

“Saya akan bawa mesej peperangan di bumi Gaza perlu dihentikan dan pembunuhan tidak berprikemanusiaan perlu dihentikan segera,” katanya.

Gencatan senjata selama empat hari telah diisytiharkan di kawasan berkonflik Israel-Palestin di Gaza bermula 24 Nov lepas, dan disusuli dengan pertukaran tebusan dan tahanan.

Pertempuran di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan belasan ribu nyawa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Penipuan Pekerjaan: 25 Rakyat Malaysia Dihantar Pulang Selepas Diselamatkan Di Myanmar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad