web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Monaco Buka Banyak Peluang Kerjasama, Aktiviti Marin Antara Yang Berpotensi - Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 5:57PM

Yang di-Pertuan Agong bersama Putera Albert di luar Istana Negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah banyak peluang kerjasama boleh diteroka antara Malaysia dan Monaco, termasuk dalam bidang berkaitan marin.

Seri Paduka bertitah sejak terjalin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2009, ia terbukti dipenuhi dengan pelbagai peluang dan potensi untuk diterokai.

“Daripada usaha saintifik sehingga kepada usaha berkaitan marin, terdapat banyak peluang kerjasama dan pertumbuhan yang ingin kita teroka bersama. Perdagangan dan pelaburan juga merupakan satu lagi aspek berpotensi dan penting dalam hubungan dua hala ini,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada majlis jamuan negara sempena kunjungan Putera Monaco Putera Albert II dan delegasinya di Istana Negara di sini hari ini. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut hadir.

Terdahulu Putera Albert diberi sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan empat hari baginda ke Malaysia yang bermula semalam.

Dengan merujuk kepada kejayaan kedua-dua negara menyaksikan pertumbuhan perdagangan yang positif pada 2022 dan untuk tiga suku pertama tahun ini, Al-Sultan Abdullah berkata momentum itu mesti dikekalkan untuk manfaat bersama kedua-dua negara.

Mengenai lawatan negara, baginda bertitah ia menjadi bukti persahabatan berkekalan yang dikongsi antara rakyat dan kedua-dua negara, dan baginda berharap Putera Albert II serta delegasinya akan selesa dengan pengalaman dan layanan yang diterima sepanjang berada di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Putera Albert atas pelantikan Datuk Seri Omar Naresh sebagai Konsul Pertama Monaco di Malaysia.

Sementara itu, Putera Albert dalam titah ucapan baginda, menzahirkan rasa terharu dengan jemputan Yang di-Pertuan Agong untuk melawat Malaysia buat kali kedua selepas 1997.
“Beta masih ingat lawatan ke Malaysia pada November 1997, ketika beta adalah putera mahkota. Sungguh luar biasa layanan dan kemurahan hati Tuanku.

“Lawatan balas Yang di-Pertuan Agong ke Monaco pada Mei lepas juga merupakan tanda persahabatan yang amat beta dan keluarga beta hargai. Ia mencerminkan komitmen kita bersama untuk mengukuhkan kerjasama antara negara dan persaudaraan antara rakyat kedua-dua negara,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar