web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Ke Sadao Eratkan Hubungan 2 Hala, Bincang Kerjasama Industri Halal - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 5:41PM

Perdana Menteri (dua, kanan) ketika melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KAYU HITAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja sehari beliau ke Sadao, DI Selatan Thailand adalah antara usaha bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala, untuk memajukan dan membangunkan kawasan Utara Semenanjung dan Selatan Thailand.

Beliau berkata dalam lawatan itu beliau telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin, dan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mengenai manfaat bersama dalam meningkatkan sektor pelancongan dan kerjasama dalam industri halal.

"Perdana Menteri Thailand lebih tunjuk keprihatinan, katanya pelancong Malaysia ke Thailand lebih tinggi daripada Thailand ke Malaysia, jadi beliau mengarahkan Menteri Pelancongan Thailand.. dan saya minta Menteri Pelancongan Malaysia, adakan pertemuan supaya dua-dua negara dapat faedah yang baik.

"Maknanya ada sinergi kedua-dua negara meningkatkan jumlah pelancongan kedua-dua negara, termasuk kawasan Selatan Thailand, Langkawi, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"...beliau (Sreta Thavisin) mengarahkan Menteri Pelancongan supaya pastikan manfaat yang dapat di Phuket juga dapat diagihkan sebahagiannya ke Langkawi, ada sinergi itu," katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam selepas lawatan kerja berkenaan hari ini.

Mengenai usaha meningkatkan kerjasama dalam industri halal bagi kedua-dua negara pula, Anwar berkata Malaysia mempunyai kekuatan dari segi pensijilan halal negara ini yang diiktiraf dunia, manakala Thailand mempunyai kelebihan dalam aspek penghasilan produk makanan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu, kedua-dua negara turut berbincang mengenai jaminan pergerakan lalu lintas yang pantas dan selamat kepada rakyat, iaitu jajaran jalan baharu yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

"Tertangguh… harus kita siapkan kadar segera, ambil sedikit masa sebab sentuh laluan, kawasan tentera yang ada.. kita perlu berunding, yang dalam tempoh dua minggu kita akan selesaikan," katanya.

Perdana Menteri mendengar taklimat dalam lawatan ke Sadao hari ini - gambar PMO
Perdana Menteri mendengar taklimat dalam lawatan ke Sadao hari ini - gambar PMO

Perdana Menteri berkata hal-hal lain berkisar kepada usaha menyegerakan pembinaan Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok di Kelantan yang kini hanya menunggu maklum balas daripada kerajaan Thailand untuk dilaksanakan, selewat-lewatnya tahun depan.

"Untuk kelulusan EIA (Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) dan berikutnya menyegerakan pembinaan Rantau Panjang-Sungai Golok, saya akan maklumkan kemajuan ini kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu mempecepatkan proses ini," katanya.

Anwar berkata kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama daripada segi penguatkuasaan bagi menghalang pemburuan haram, yang dibangkitkan Perdana Menteri Thailand dalam pertemuan berkenaan.

Beliau berkata laporan rundingan segala isu berkaitan hubungan dua hala yang dibincangkan dalam pertemuan itu akan disiapkan dalam tempoh dua minggu dan semua nota itu akan diserahkan kepada pihak Thailand untuk maklum balas mereka.

"Kesemua ini saya nak siap dalam tempoh dua minggu dan kemudian saya nak nota itu diserahkan kepada pihak Thailand untuk mereka respons, Perdana Menteri Thailand juga mengarahkan pihak mereka, kalau tidak ada rundingan ini, bertahun-tahun tak ke mana.

"Jadi, kalau betul kita serius nak bangunkan wilayah ini dan juga nak beri manfaat kepada rakyat di sini supaya dapat ditingkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka, langkah-langkah perlu disegerakan," katanya.

Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Sadao, Wilayah Songkhla dengan fokus untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan Srettha.

Lawatan atas jemputan Srettha itu antara lain bertujuan melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta CIQ Sadao, Thailand.

Anwar yang diiringi beberapa menteri, timbalan menteri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha sebelum kedua-dua pemimpin melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, yang merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar