web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelantan Terima RM40 Juta Bayaran Wang Ihsan Setakat Ini – MB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 12:36PM

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud. - gambar Facebook Mohd Nassuruddin Daud

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan setakat ini hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat berbanding RM331.38 juta tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2020 sehingga kini.

"Untuk bayaran wang ihsan, pada 2020 kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 pula mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu kita mendapat RM331.38 juta dan bagi tahun ini RM40 juta setakat ini.

"Pihak kerajaan negeri masih di peringkat rundingan untuk mendapatkan bayaran wang ihsan tersebut dan bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan baki wang ihsan dapat diberi penghujung tahun ini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulau Chondong) mengenai tindakan susulan dan usaha diambil kerajaan negeri berhubung isu itu, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan reaksinya positif. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad