web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKM Perak Kesan Ibu Bapa Empat Beradik Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 4:32PM

Empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRONG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengesan ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak Nor Tipah Majin berkata pegawai pelindung JKM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

"Setakat ini usaha mengesan ibu bapanya sedang dijalankan termasuk ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak-kanak ini, kita akan buat siasatan lanjut secara mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata JKM juga akan menyemak segala dokumen kerana pelbagai spekulasi tentang kes ini telah dibuat dan JKM tidak mahu mengambil langkah terburu-buru dalam membuat tindakan seterusnya.

Empat kanak-kanak itu katanya juga berada dalam keadaan selamat selain telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu, media melaporkan empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi Pegawai JKM daerah pada 5.39 petang.

Menurut Hafezul Helmi berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

Sementara itu, Nor Tipah turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsikan maklumat sekali gus membolehkan pihaknya bertindak segera terhadap kes berkenaan.

"Saya lihat semua pihak di luar sana memberi tumpuan dan cakna kepada kes ini dan ia menunjukkan sikap yang amat baik masyarakat kita yang prihatin terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak ini.

"Namun saya mohon agar diberikan ruang kepada agensi dan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hak dan kepentingan kanak-kanak ini diberi keutamaan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar