web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institusi Pendidikan Diarah Perketat Kawalan Keselamatan – Hui Ying

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 2:24PM

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan perlu bagi menjamin keselamatan warga sekolah yang sentiasa menjadi keutamaan.

Beliau berkata setakat kelmarin, pihaknya difahamkan laporan polis yang diterima masih kekal 51 membabitkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Kedah Sabah dan Sarawak.

“Kita ada garis panduan dan semua sekolah telah diberitahu untuk mengetatkan kawalan keselamatan terutama jika ada perkara mencurigakan atau terlihat orang tidak dikenali agar segera menghubungi polis.

“Kita amat memahami terutama dalam kalangan ibu bapa yang khuatir akan keselamatan anak-anak mereka, tetapi di sini saya beri jaminan bahawa KPM bersama PDRM komited memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Cemerlang Sesi 2023/2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) AlMashoor, di sini hari ini.

Hui Ying berkata KPM memandang serius mengenai ancaman itu, walaupun ia hanya satu ancaman palsu dan berharap perbuatan tersebut dapat dihentikan bagi mengelakkan ketakutan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan PDRM menerima sebanyak 51 laporan berhubung ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara sejak Selasa lepas.

Menurut Mohd Shuhaily peningkatan laporan tersebut kerana penerima emel lewat membacanya, meskipun ancaman itu dihantar pada waktu yang hampir sama.

Daripada jumlah itu, laporan melibatkan 18 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (7), Johor (6), Negeri Sembilan (3), Pulau Pinang (4), Sarawak (5), Perak (3), Sabah (2) dan Kedah (3).

Beliau berkata susulan itu juga 10 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar