web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keterangan Sirul Azhar Tidak Berasas, Timbulkan Spekulasi - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 12:57PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia melihat kenyataan Sirul Azhar Umar kepada sebuah media antarabangsa berhubung sabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2009, sebagai tidak berasas dan bersifat kenyataan liar yang boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ini kerana Sirul Azhar telah diberikan peluang untuk membela diri selari dengan perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

“Namun dakwaan beliau (Sirul Azhar) ini tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadili beliau, dari Mahkamah Tinggi sehinggalah di Mahkamah Persekutuan.

“Sekiranya beliau yakin dan merasakan perlu keadilan bahawa terdapat keterangan-keterangan baharu, beliau atau melalui peguamnya, boleh membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang perlu berkaitan dakwaan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wawancara Sirul Azhar oleh sebuah media antarabangsa yang disiarkan di televisyen baru-baru ini.

Razarudin berkata sehingga kini Sirul Azhar masih belum lagi membuat sebarang permohonan untuk membuat semakan ke atas hukuman mati yang dihadapinya selari dengan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan 2023 [Akta 847] yang memberi tempoh selama 90 hari untuk mana-mana pesalah hukuman mati membuat semakan bermula dari tarikh 12 September 2023.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai isu pembebasan Sirul Azhar daripada tahanan di Australia, Razarudin berkata Malaysia memang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Australia.

“Bagaimanapun, hukuman mati yang dikenakan ke atasnya menyebabkan Sirul Azhar tidak dapat di ekstradisi ke Malaysia.

“Ini kerana Australia tidak mengiktiraf dan tidak mengenakan hukuman mati ke atas pesalah jenayah di negara mereka,” katanya.

Menurutnya salah satu syarat perjanjian ekstradisi boleh dilaksanakan ialah kesalahan itu mestilah mempunyai Dual Criminality.

Beliau berkata Malaysia juga mempunyai Mutual Legal Assistance (MLA) dengan banyak negara termasuk Australia menerusi Mutual Assistance In Criminal Matters Act (MACMA 2002).

“Namun prinsip Dual Criminallity juga terpakai dalam akta ini. Ini bermaksud satu kesalahan mestilah menjadi kesalahan jenayah bagi kedua-dua negara yang juga membawa hukuman yang sama.

“Perkembangan undang-undang terbaru di Malaysia hanya menghapuskan hukuman mati mandatori. Ini bermakna hukuman mati masih wujud di Malaysia tetapi tidak lagi menjadi mandatori sebaliknya mengikut budi bicara Mahkamah,” katanya.

Berikutan perkembangan undang-undang itu, mana-mana pesalah jenayah yang telah dijatuhi hukuman mati dan masih menunggu proses pelaksanaan hukuman itu, boleh diberi peluang untuk membuat permohonan kepada mahkamah untuk meminda dan merayu kepada hukuman mati itu.

“Sekiranya Sirul Azhar berhasrat untuk balik ke Malaysia, beliau atau peguam boleh membuat permohonan agar hukuman mati dipinda kepada hukuman lain seperti hukuman pemenjaraan.

“Jika ini berlaku, barulah Malaysia boleh mengemukakan permohonan ekstradisi untuk beliau menjalani hukuman di Malaysia,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis masih mengekalkan nama Sirul Azhar Umar dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) walaupun dia telah dilepaskan dari tahanan imigresen Australia.

Menurutnya setakat ini tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan nama Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, daripada notis itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar