web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelanggan Maut Kereta Rempuh Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 8:28PM

Kerta yang merempuh kedai makan di Taman Meranti, Bahau. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa Tan Joo Lan, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Beliau berkata seorang lagi wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Jempol.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki berumur 78 tahun dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti, mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai makan terbabit.

“Namun, dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak kenderaan menyebabkan keretanya bergerak ke hadapan sebelum merempuh dua wanita yang sedang makan di kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata pemandu kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video mengenai kejadian berkenaan turut tular melalui laman sosial hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad