web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Kijal Mengaku Tidak Bersalah Sebut Perkataan Menghasut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 12:21PM

ADUN Kijal, Datuk Razali Idris ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Senator Datuk Razali Idris dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut dengan menyifatkan keputusan Institusi Kehakiman dikawal oleh kerajaan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, 10 Nov lepas.

Razali, 57, yang juga Ketua Penerangan Bersatu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

"Saya mengaku tidak bersalah dan saya bersedia untuk dibicarakan,” katanya yang berbaju Melayu berwarna merah dan kelihatan tenang.

Tertuduh didakwa menyebut perkataan menghasut itu di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu antara 9.30 malam sehingga 11.30 malam pada 10 Nov lepas.

Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Terengganu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Razali diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak membuat sebarang hantaran atau komen berhubung kes ini sehingga selesai dan menetapkan 8 Dis untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tersebut.

Peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum RM1,000 selain tidak membantah syarat tambahan, namun ia perlu merangkumi orang ramai supaya tiada perbincangan mengenai merit kes itu di luar mahkamah.

“Anak guam saya merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu serta ADUN Kijal. Anak guam saya juga mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Terengganu dan Malaysia, selain mempunyai seorang isteri yang menghidap sakit jantung.

“Anak guam saya juga memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan oleh pihak berkuasa dan hadir tanpa dipaksa ke mahkamah hari ini untuk menjawab pertuduhan dikemukakan terhadapnya. Dia juga tiada risiko untuk melarikan diri,” kata Hasshahari.

Razali turut diwakili peguam Mohd Sahrilnizam Mohd Amin dan Mohd Radzlan Jalaludin

Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok yang yang dikatakan tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awam kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bahawa menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @WANCIN11 itu, Razali dirakam mengeluarkan beberapa tuduhan palsu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar