web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Kebuniti MADANI Tampung Keperluan Musim Monsun Timur Laut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 8:00PM

Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Jabatan Pertanian, Mat Iesak Ngatinee melawat tapak pameran tanaman sayuran peserta program Kebuniti Madani di perkarangan Aeon Mall di sini hari ini sempena Majlis Perasmian Program Kebuniti Madani Peringkat Negeri Kelantan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Program Kebuniti MADANI yang mula dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sejak tahun lepas dijangka boleh menampung keperluan makanan komunuti setempat sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja Jabatan Pertanian Mat Iesak Ngatinee berkata terdapat 591 lokasi projek bagi sektor tanaman telah diusahakan menerusi program itu di seluruh negara tahun ini.

"Program ini sedikit sebanyak membantu isi rumah meringankan kos sara hidup terutama di musim monsun timur laut yang kebiasaannya berlaku peningkatan harga sayuran.

"Peserta bukan hanya dapat melakukan penjimatan sehingga RM150 sebulan malah boleh meraih pendapatan sampingan menerusi jualan tanaman masing-masing" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebuniti Madani, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Negeri Kelantan Norbahani Zakaria.

Mat Iesak berkata berdasarkan kejayaan program tersebut, KPKM akan menambah peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta untuk tujuan sama pada tahun depan bagi menggalakkan amalan pertanian dan pengeluaran makanan yang lebih mampan.

"Peruntukan tambahan ini akan diagihkan kepada semua peserta program di seluruh negara tahun hadapan sebagai rangsangan kepada pelaksanaan projek tanaman sedia ada," katanya.

Beliau berkata Program Kebuniti MADANI adalah inisiatif KPKM melalui peruntukan sebanyak RM30 juta dilaksanakan selama empat tahun bermula 2022 bagi membantu meringankan kos sara hidup melalui penghasilan sendiri produk makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM19.1 juta bagi pelaksanaan program berkenaan di seluruh negara bagi tahun ini dengan agihan RM11.9 juta untuk sektor tanaman (591 lokasi), RM3.9 juta sektor akuakultur (187 lokasi) dan RM3.2 juta bagi sektor ternakan (154 lokasi).

Sementara itu beliau berkata setakat ini tiada sebarang projek tanaman yang terjejas banjir dan kementerian akan membantu peserta jika berdepan masalah itu mengikut keperluan termasuk bantuan bencana dalam bentuk barangan untuk memulakan semula projek. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad