web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Negeri Pertama Lulus Undang-undang Pelepasan Karbon

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:39AM

Sarawak negeri pertama luluskan undang-undang mengenai pengurangan pelepasan gas rumah hijau, di negara ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023, menjadikan ia negeri pertama meluluskan undang-undang seumpama itu di negara ini.

Rang undang-undang itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Rang undang-undang ini dirangka untuk melindungi alam sekitar Sarawak dengan melaksanakan strategi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau," katanya ketika menggulung rang undang-undang itu sebelum ia diluluskan pada persidangan DUN sini malam tadi.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga bertujuan menggalakkan penangkapan dan penyimpanan karbon serta mengurangkan kesan perubahan iklim, di samping memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk mengambil bahagian dalam projek mitigasi kesan pemanasan global dan memperoleh kredit karbon atas usaha mereka.

"Aktiviti-aktiviti ini akan membolehkan negeri mempunyai sumber pendapatan baharu yang akan meningkatkan keupayaan negeri ke arah membangunkan negeri secara mampan dari segi ekonomi," katanya.

Sharifah Hasidah berkata selepas ini, kerajaan Sarawak bercadang untuk menubuhkan panel penasihat bagi menangani, antara lain, perubahan iklim; penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kredit karbon dan penentuan harga.

"Pengurangan pelepasan karbon dan kredit karbon yang dikeluarkan untuk projek di Sarawak yang menyumbang kepada pengurangan kesan perubahan iklim akan dilaporkan kepada kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata laporan itu akan dimasukkan ke dalam Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) Malaysia untuk dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Menurut Sharifah rang undang-undang itu juga akan membuka jalan kepada Sarawak untuk mempunyai rangka kerja pengawalseliaan sendiri mengenai tenaga bersih dan boleh diperbaharui serta mengetengahkan statusnya sebagai satu daripada peneraju tenaga bersih global.

"Dengan adanya ini (rang undang-undang), Sarawak akan setanding dengan negara maju lain seperti Australia dengan Akta Tenaga Hidrogen dan Tenaga Boleh Baharu 2023 baharu mereka," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar