web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Kedua WHO Pindahkan 31 Bayi Pramatang Ke Hospital Di Rafah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 12:46PM

Ambulans PRCS yang membawa 31 bayi pramatang, enam petugas kesihatan dan 10 ahli keluarga mereka ke sebuah hospital di Rafah. - PRCS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 31 bayi pramatang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa di Gaza ke sebuah hospital di Rafah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam satu kenyataan, memaklumkan pasukan perkhidmatan kecemasannya, dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berjaya memindahkan bayi terbabit dengan menggunakan ambulans ke selatan kawasan bergolak.

Ia sebagai persediaan untuk membawa mereka ke sebuah hospital di Rafah.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu hantaran melalui media sosial, berkata pertubuhan itu mengetuai misi kedua ke Hospital Al-Shifa, dalam keadaan yang sangat tegang dan berdepan risiko keselamatan yang tinggi.

Katanya, misi kali ini turut membabitkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRWA), dan Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS).

“Seramai 31 bayi yang sangat sakit dipindahkan, bersama-sama enam petugas kesihatan dan 10 ahli keluarga kakitangan.

“Enam ambulans PRCS digunakan untuk pemindahan itu. Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Bersalin Al-Helal Al-Emairati, untuk mereka menerima penjagaan segera dalam unit rawatan rapi neonatal,” katanya.

Tedros berkata, lebih banyak misi lain sedang dirancang untuk memindahkan dengan segera pesakit lain dan petugas kesihatan dari Hospital Al-Shifa, bergantung kepada jaminan laluan selamat oleh pihak-pihak terbabit dengan konflik di Palestin.

Pada masa sama, Tedros turut menyatakan perasaan terharu dengan keberanian petugas kesihatan di Gaza.

“Kami sangat terharu dan kagum dengan keberanian dan perkhidmatan luar biasa petugas kesihatan di Gaza, yang terus bekerja dalam keadaan yang sangat teruk dan sukar.

“Kami berterima kasih dengan kerjasama dengan PRCS dan PBB,” katanya.

Petugas kesihatan memindahkan bayi pramatang dari Hospital Al-Shifa ke Hospital Bersalin Al-Helal Al-Emairati, di Rafah. - gambar Facebook Tedros Adhanom Ghebreyesus
Petugas kesihatan memindahkan bayi pramatang dari Hospital Al-Shifa ke Hospital Bersalin Al-Helal Al-Emairati, di Rafah. - gambar Facebook Tedros Adhanom Ghebreyesus

WHO sebelum ini mengetuai misi penilaian terhadap Hospital Al-Shifa dan mengesahkan ia sebagai zon maut.

Susulan penilaian itu, WHO menggesa supaya pemindahan sepenuhnay dilakukan terhadap hospital berkenaan. – Getaran, 20 November 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar