web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Ditemukan Dalam Bungkusan Plastik Di Bandar Sunway

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:13PM

Bayi lelaki yang ditemui di tepi jalan di Bandar Sunway. - gambar IPD Subang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata bayi berkenaan dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian dan masih bertali pusat berserta uri oleh orang awam pada 1.25 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati bayi berkenaan baru sahaja dilahirkan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis membawa bayi berkenaan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan kini berada di wad Unit Rawatan Intensif Neonatal hospital itu untuk pemantauan rapi.

Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberikan kerjasama dengan menghubungi 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat Insp Suriyana Zakaria di talian 019-3559880.

Menurutnya tiada sebarang kamera litar tertutup di lokasi penemuan bayi itu untuk mengenal pasti suspek terlibat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar