web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPWKM Berhasrat Wajibkan Kursus Asas Kanak-kanak OKU Kepada Taska - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 4:16PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANTUBONG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat mewajibkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Kurang Upaya kepada pihak yang mengendalikan taska atau pusat jagaan melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata bagi tujuan itu, Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 akan diperluaskan ke seluruh negara dalam memastikan penglibatan kesemua pengusaha taska berkenaan serta mempersiapkan mereka bagi mengendalikan golongan tersebut. 

“Kita nak supaya jangan ada yang ketinggalan sebab kalau dilihat kes dera yang dilaporkan kita kenal pasti ada pengasuh yang tidak ada latihan (mengendali kanak-kanak kurang upaya),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar itu di sini, hari ini.

Beliau berkata program sedemikian digerakkan persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak kurang upaya dengan peruntukan disalurkan oleh KPWKM.

Dalam pada itu, Nancy berkata daripada 107,020 kanak-kanak berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan setakat 31 Jan lepas, hanya 7,582 daripada mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekali gus menyukarkan KPWKM mengambil langkah awal sebelum kanak-kanak terbabit melangkah ke alam persekolahan.

“Saya sarankan yang tidak berdaftar untuk berdaftar supaya kami dapat mengumpul data dan membantu mengambil tindakan selanjutnya di peringkat kementerian. Perkara ini (ibu bapa tak daftar) berlaku mungkin kerana kurang promosi dan mungkin ibu bapa fikir tidak perlu elaun, kerana mendaftar dengan kami bukan bermakna beri duit sahaja,” katanya.

Beliau turut mengakui tahap kesedaran orang ramai mengenai kanak-kanak kurang upaya masih rendah, justeru, kementerian akan bekerjasama dengan NGO berkaitan bagi menggerakkan lebih banyak program kesedaran.

Nancy berkata setakat ini, JKM telah menubuhkan 11 taska kanak-kanak kurang upaya dan merancang membina lebih banyak institusi sedemikian tahun hadapan.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Malaysia (NAECCEM) Shamsinah Che Shariff dalam ucapannya berkata pihaknya akan terus berganding bahu dengan kerajaan, pemain industri serta komuniti bagi mengatasi isu dan cabaran pelaksanaan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

“Saya berharap seminar ini menjadi platform pertemuan pelbagai pihak dan pakar bidang untuk berkongsi maklumat, ilmu serta pengalaman masing-masing demi kelestarian pendidikan awal kanak-kanak yang diimpikan semua,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad