web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TNB Tanggung Kos Rawatan Kanak-Kanak Mangsa Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:06AM

Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, kanak-kanak lelaki yang melecur selepas terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, kelmarin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyalurkan segala bantuan, termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan seorang kanak-kanak yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

TNB, dalam satu kenyataan hari, memaklumkan pihaknya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan memastikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendapat rawatan yang terbaik.

Katanya, wakil pengurusan TNB sudah pun menyantuni ibu bapa kanak-kanak terbabit di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

"Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan. 

"Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka," menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri sudah menubuhkan pasukan siasatan dalaman, selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

Semalam, media melaporkan mangsa melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik dipercayai tersentuh perkakasan elektrik selepas memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola yang terpanting masuk. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar