web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insiden Bilik Jana Kuasa, Ibu Tahu Anak Melecur Dari Kumpulan Whatsapp

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 5:57PM

Mangsa, Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi masih di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan di Hospital Pulau Pinang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Ibu Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi, 12, kanak-kanak lelaki yang melecur selepas terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Taman Seri Bayu, Bayan Lepas, semalam, mengetahui mengenai kejadian menimpa anak bongsunya itu menerusi kumpulan WhatsApp.

Suhana Samsudin, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar jam 5 petang.

Dia turut dihubungi oleh rakan anaknya tidak lama selepas itu yang memberitahu Mohd Dawisy terbakar.

“Ketika saya sampai anak saya masih berada di situ (kawasan kejadian) dan dibawa ke surau sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sepanjang tempoh itu anak saya berada dalam keadaan sedar. Dia asyik panggil saya cakap mama tolong adik, adik sakit…tolong adik panas,” katanya ketika ditemui di HPP, hari ini.

Bapa kanak-kanak itu Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di Lumut, Perak kerana bertugas dan terus pulang sebaik dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditimpa kemalangan.

Beliau berkata, menjadi kebiasaan kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut termasuk anaknya bermain bola di gelanggang futsal di situ dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian berlaku tetapi dimaklumkan dia masuk ke situ (bilik jana kuasa) untuk ambil bola, kembarnya pula tidak ikut bermain kerana tidur di rumah.

“Tahap melecur badan anak saya adalah 50 peratus dan ketika ini, dia masih di bawah pemantauan doktor dan ditidurkan,” katanya.

Menurut Mohd Khairi, anaknya yang juga murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2 memang seorang yang ceria dan aktif, terutama dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili sekolahnya dalam sukan itu.

“Dia anak yang kuat, saya harap dia dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, Mohd Dawisy dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum bola termasuk ke dalam bilik jana kuasa TNB. 

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu masuk ke kawasan bilik jana kuasa tersebut untuk mengambil bola dan dikatakan terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik dan dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam