Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Suarakan Krisis Gaza Pada Dialoq APEC, Kejutkan Pemimpin Ekonomi Dunia

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 4:25PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.

“Apa yang berlaku di Gaza jelas adalah pengabaian tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku dan mengakibatkan malapetaka iklim,” katanya pada Majlis Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden serta seluruh pemimpin ekonomi dunia.

Serangan itu menyebabkan lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 dilaporkan cedera setakat ini.

Sejak kehadiran perdana menteri di San Francisco, Anwar telah membangkitkan isu krisis kemanusiaan di Palestin.

“Krisis kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Timur Tengah secara meluas, tetapi juga kepada hubungan global untuk satu tempoh yang panjang.”

Ia adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, katanya pada syarahan khas bertajuk 'Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific' di University of California pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.

Pada masa ini ekonomi membangun dan ekonomi sedang pesat membangun tidak mendapat sokongan yang tepat yang diperlukan untuk peralihan tenaga dari negara maju.

“Memastikan peralihan yang adil dan saksama adalah penting.”

Malaysia, katanya, adalah satu daripada 17 negara yang diiktiraf sebagai mega kepelbagaian - kedudukan kritikal dalam mengejar kelestarian global dan memerangi perubahan iklim.

“Malaysia menghasilkan 0.658 peratus daripada pelepasan rumah hijau global - kira-kira 2/3 peratus. Tetapi perubahan iklim menimbulkan risiko pemindahan sehingga satu perempat daripada penduduk kita jika sedikit atau tiada apa yang dilakukan.”

Beliau berkata, Putrajaya sedang mengubah ekonominya dan melabur dalam masa depan yang lebih bersih dan hijau termasuk melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional.

Syarikat minyak nasional, PETRONAS juga telah memberi komitmen untuk laluan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Perdana Menteri memuji Biden dan Presiden Xi Jinping berhubung pertemuan dua hala mereka di luar APEC sambil menegaskan bahawa penglibatan China-AS adalah kunci untuk masa depan APEC. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Miskin Tegar Di Terengganu Akan Dinoktahkan Dalam Tempoh 2 Bulan

2

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

3

Sukan 2 hari yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

4

Semasa 4 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

Politik 1 hari yang lalu

Calon PH Tumpu Usaha Pujuk Pengundi KKB Keluar Mengundi

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Sokong Tarik Diri, Kecewa MFL Enggan Tangguh Perlawanan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama 282 Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci