web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stesen Bas, Laluan Pejalan Kaki Ke Stesen Kereta Api Akan Dinaik Taraf

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 5:09PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh Majlis Perbandaran Tempatan di Lembah Klang sudah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki ke stesen kereta api yang perlu dinaik taraf segera tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Belaiu berkata, arahan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet lalu, dengan semua pihak bersetuju bahawa isu berkaitan pengangkutan awam termasuk keselamatan pengguna perlu diberi perhatian sepenuhnya.

“Saya maklumkan kepada Kabinet bahawa jika kita mahu menangani kesesakan lalu lintas dan mahu orang awam menggunakan pengangkutan awam, isu-isu ini (keselamatan dan keselesaan pengguna) mesti ditangani dan jawatankuasa Kabinet bersetuju mengenainya.

“Jadi, anda boleh menjangkakan sekurang-kurangnya 100 stesen bas baharu atau lebih baik akan diubah suai atau dibina tahun depan, bersama laluan pejalan kaki ke semua stesen kereta api.

“Dengan ini, saya boleh menjangkakan akan terdapat integrasi pengangkutan awam yang lebih baik di Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang, supaya kita boleh menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada perasmian simposium Keselamatan Wanita dalam Industri Transit dan Pengangkutan di Bandar Sunway di sini, hari ini.

Loke berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna yang menaiki pengangkutan awam, selain berusaha melaksana dan menyiapkan projek infrastruktur lain.

Beliau berkata, kementeriannya juga menerima banyak maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam khususnya wanita mengenai keselamatan mereka, bukan sahaja di koc kereta api serta laluan pejalan kaki ke stesen, yang kadangkala berbahaya kerana keadaan yang gelap.

“Penumpang harian pengguna kereta api di Lembah Klang kini telah meningkat kira-kira 800,000 orang, manakala perkhidmatan bas sebanyak 250,000 pengguna, dan ini adalah sesuatu yang perlu kita terus galakkan untuk mengurangkan kesesakan semasa, serta sebahagian daripada strategik kita untuk menangani isu rasionalisasi subsidi,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 2 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad