web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Ihsan: Bantuan Kedua Selamat Tiba Di Mesir, Bakal Diagih Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 9:27PM

Bantuan kemanusiaan Ops Ihsan peringkat kedua untuk rakyat Palestin yang dihantar menerusi pesawat kargo khas dari Malaysia malam tadi, selamat tiba di Lapangan Terbang El-Arish, Mesir pukul 8.20 pagi waktu tempatan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bantuan kemanusiaan Ops Ihsan peringkat kedua untuk rakyat Palestin yang dihantar menerusi pesawat kargo khas kira-kira jam 11 malam tadi, selamat tiba di Lapangan Terbang El-Arish, Mesir pada jam 8.20 pagi waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia).

“Penghantaran terkini itu menjadikan sejumlah 40 tan barangan sumbangan daripada rakyat Malaysia kini berada di Mesir dan bersedia untuk segera diagihkan kepada rakyat Palestin yang ketika ini hidup dalam kesengsaraan akibat konflik Palestin-Israel.

“Barangan bantuan kemanusiaan seberat 40 tan itu adalah sejumlah daripada 50 tan barangan bernilai RM7 juta yang disumbangkan menerusi Ops Ihsan merangkumi barangan keperluan utama antaranya ubat-ubatan, makanan, keperluan bayi serta selimut,” katanya kepada Bernama menerusi ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata bantuan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir selaku agensi pelaksana tunggal menyalurkan bantuan ke Gaza bagi membawa masuk bantuan ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah-Gaza.

Menurutnya, penghantaran bantuan pertama pada 3 Nov lalu, juga sebanyak 20 tan, dilaporkan telah melepasi sempadan Rafah dan memasuki Gaza berdasarkan laporan statistik kemasukan bantuan ke Gaza daripada kluster Logistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan PPBSM Mesir.

"Insya Allah, berdasarkan maklum balas daripada PBSM Mesir, barangan melalui penerbangan kedua akan sampai kepada penduduk Gaza dalam tempoh kurang seminggu," katanya.

Berkongsi perkembangan Ops Ihsan, Jismi berkata baki 10 tan dan tambahan 14 tan barangan yang dijangka dapat dikumpul daripada kempen yang masih berjalan, akan dihantar dalam masa terdekat menggunakan kapal kontena memandangkan ia melibatkan barangan yang tidak sesuai dihantar menerusi pesawat.

Beliau berkata ia termasuk generator, bateri, lampu solar mudah alih serta khemah.

"Alhamdulillah, Ops Ihsan terus menerima komitmen daripada pelbagai pihak, kementerian, organisasi dan syarikat. Kami mengalu-alukan sekiranya ada organisasi yang berminat untuk menyumbang kos penghantaran barangan berkenaan khususnya melalui perjalanan laut," katanya.

Selain itu, Jismi berkata Sekretariat Ops Ihsan kini sedang dalam peringkat akhir kempen kedua bagi pengumpulan barangan melibatkan perubatan dan keperluan untuk musim sejuk. 

Ops Ihsan diselaraskan oleh Kementerian Luar, diketuai MAHAR bersama lebih 50 NGO lain termasuk Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Sementara itu, Jismi berkata perancangan Ops Ihsan seterusnya adalah mewujudkan Hab Kemanusiaan Rakyat Malaysia (MHH) di Mesir yang berperanan sebagai pusat sehenti dan gunasama untuk menguruskan penyaluran bantuan kemanusiaan dari Malaysia khususnya dari NGO dengan lebih berkesan dan kos efektif.

Beliau berkata MHH akan membawa mandat utama melibatkan koordinasi dengan PBSM Mesir, pembelian barangan asas makanan seperti tepung, minyak zaitun, pes tomato serta air minuman sementara menunggu penghantaran barangan kemanusiaan dari Malaysia melalui kontena ke Pelabuhan  Said, Mesir.

"MHH juga akan berbincang dengan pihak berkuasa Mesir bagi membantu Pusat Kesihatan mereka dalam memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk Gaza selain urusan bantuan sokongan kepada ‘first responder’, " katanya.

Jismi berkata orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini serta penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza dengan melayari Facebook Ops Ihsan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad