web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Murni: Lebih 18,000 Anggota Tentera Siap Siaga Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 8:56AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.

Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam kenyataan semalam, memaklumkan operasi itu akan dilaksanakan apabila Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri, Daerah memerlukan ATM untuk membantu agensi kerajaan berkaitan dalam memberi bantuan kepada penduduk terjejas termasuk membaik pulih pelbagai kemudahan awam.

Menurut TDM, skop penugasan ATM semasa berlakunya bencana termasuklah menyediakan bantuan angggota di semua peringkat dan bantuan pengangkutan secara terhad bagi pergerakan di darat, udara dan laut.

"TDM menyediakan bantuan peralatan logistik seperti peralatan jentera, khidmat kepakaran seperti pakar letupan, kejuruteraan, perhubungan perubatan medan, pemindahan ketika bencana, bantuan penyelam bagi operasi mencari dan menyelamat.

"Antara aset yang terlibat sebanyak 307 buah bot, jaket keselamatan (6,238), kenderaan satu tan (372), peralatan sokongan generator set (136), pesawat (26) dan empat paramedik bagi setiap pasukan akan ditubuhkan di setiap formasi Briged TDM," menurut kenyataan itu.

Selain itu, Hospital Medan ATM Tahap Dua yang mempunyai kemudahan Dewan Bedah, Bius dan ICU dengan 112 staf terdiri daripada enam pakar perubatan, enam pegawai perubatan, 100 staf sokongan klinikal dan bukan klinikal akan diaturgerak, sekiranya hospital kerajaan terputus hubungan.

"Selain itu, TDM menyediakan bantuan bagi program pemulihan dan pembangunan semula selepas bencana sekiranya diperlukan," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, ATM juga melantik Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai peneraju Op Murni membabitkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan diberi kuasa Operational Command ke atas atur gerak anggota.

Menurut kenyataan itu, kesiap-siagaan ATM itu adalah kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pihak Berkuasa Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"ATM sentiasa menzahirkan komitmen dan bersedia untuk membantu agensi kerajaan dan rakyat ketika menghadapi saat sukar berdepan bencana, tidak kira apa juga situasi yang dihadapi demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara," menurut kenyataan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad