web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Terakhir Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian Ditemukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:07PM

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membawa keluar mangsa yang terselamat selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BESUT - Mangsa terakhir kejadian bangunan runtuh di sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini ditemukan maut oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata mayat pekerja lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia 40-an, dibawa keluar dari bawah runtuhan bangunan itu pada 3.15 petang.

"Mayat kemudian dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk urusan bedah siasat.

"Keadaan mayat sudah berbau memandangkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu lebih 24 jam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mazli berkata operasi SAR yang bermula semalam ditamatkan hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua terlibat membabitkan 83 anggota daripada pelbagai agensi serta pihak lain yang turut membantu.

Tujuh individu dilaporkan terperangkap apabila tapak pembinaan bangunan setinggi tiga tingkat di sebuah resort di Pulau Perhentian runtuh pada 4.30 pagi semalam.

Mangsa terdiri daripada enam warga asing dan seorang warga tempatan yang ketika itu sedang tidur di tapak pembinaan berkenaan.

Empat berjaya diselamatkan orang ramai manakala dua lagi dikeluarkan pasukan SAR pada 12.50 tengah hari semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad