web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengunjung Kawasan Rekreasi Diminta Waspada Perubahan Cuaca

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 4:09PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Orang ramai yang mengunjungi mana-mana pusat rekreasi atau pelancongan di negeri ini dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, terutama pada musim hujan.

Timbalan Pengarah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mej (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, pengunjung di sesuatu kawasan khususnya melibatkan sungai dan air terjun juga perlu berwaspada dengan perubahan aliran air yang mungkin menandakan bencana kepala air akan berlaku di situ.

"Jika mereka ingin pergi ke kawasan berkenaan, perlu ada sikap berhati-hati ataupun sentiasa peka dengan keadaan cuaca, keadaan aliran air sungai dan air terjun, maknanya kalau dah nampak keadaan cuaca berubah seperti gelap hendak hujan, maka segeralah keluar dari kawasan itu.

"Mereka juga perlu peka dengan paras air sungai, jika air naik atau bertukar keruh dan ada daun-daun kering atau aliran berubah menjadi laju, segerakan naik ke kawasan selamat serta pantau ahli keluarga masing-masing terutama kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 39 kawasan panas di negeri ini yang berisiko berlakunya fenomena kepala air, risiko sama boleh berlaku di kawasan lain, terutama sekiranya ada hujan lebat.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 39 kawasan panas berpotensi berlaku kepala air di negeri ini, antaranya Lata Celak, Iboi, Lata Bayu, Kuala Kedua, Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul, Air Panas Ulu Legong, Lubuk Badak di Baling serta Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari dan Kem Rekreasi Puteri Mandi di Yan.

Dalam pada itu, Mohd Muaz berkata, APM Kedah melaksanakan latihan pemerkasaan Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 yang dijangka berlaku pada Sabtu ini hingga Mac tahun depan.

Beliau berkata, latihan sebanyak tiga siri bermula bulan ini hingga Disember membabitkan semua anggota agensi itu di semua daerah bagi mempersiapkan pasukan sukarela untuk bersedia menghadapi MTL.

"Selain membuat pelan penyelarasan, pemantauan, pemerkasaan komuniti setempat serta persediaan logistik, APM sedang melaksanakan latihan bagi memastikan anggota dapat mengekalkan kompetensi diri semasa bertugas, dapat digerakkan secara teratur dan maksimum apabila berlaku sesuatu bencana.

"Walaupun Kedah tidak termasuk dalam senarai negeri yang akan menerima episod hujan lebat seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini, persediaan tetap dilaksanakan kerana cuaca sekarang adalah di luar jangkaan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad