Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Hamil Perlu Segera Ambil Vaksin COVID-19 - Pakar Perbidanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 3:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu hamil digesa mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada kadar segera, susulan peningkatan kes yang semakin membimbangkan di seluruh negara.

Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Premitha Damodaran berkata, ibu hamil perlu mendapatkan vaksin sebaik kandungan mencecah usia 14 minggu dan 33 minggu.

Dr Premitha yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang sakit puan berkata, terlalu banyak persoalan diterima sejak akhir-akhir ini, khususnya membabitkan keselamatan ibu hamil dalam menerima suntikan vaksin.

“Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19,  walaupun sudah dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bahawa Pfizer adalah vaksin sesuai untuk mereka.

“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit. Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough),” katanya kepada Getaran.

Menurut Dr Premitha, batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir.

Beliau menarik perhatian, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran, justeru si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi, bagi memberikan perlindungan jangka pendek sementara menanti proses vaksinasi ke atas anak mereka. 

“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit.

“Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr Premitha. 

Mengulas lanjut beliau berkata, kategori klinikal COVID-19 boleh bertukar serius dalam waktu singkat jika pesakit terdiri daripada wanita yang sedang hamil.

“Jika mereka tidak hamil, pesakit kategori 1 atau 2 masih boleh menjalani kuarantin di rumah.

“Untuk wanita hamil, keadaan mereka boleh melarat dengan begitu cepat kerana rahim akan mengembang mengikut usia kehamilan, sekali gus memberi impak kepada paru-paru si ibu,” jelasnya.

Dr Premitha memberitahu, situasi tersebut memaksa ibu hamil yang disahkan positif COVID-19 ditahan di wad untuk perhatian lanjut sehingga benar-benar sembuh.

“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. 

“Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya semua ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 

Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang menjadi kerisauan ramai, beliau memberi jaminan, semua tindak balas itu seperti lenguh, pening kepala, mual dan demam ringan tidak akan memberi mudarat kepada ibu dan kandungan mereka, malah akan hilang pada masa terdekat.

Sekiranya perlu, jelas beliau lagi, doktor akan memberikan ubat paracetamol bagi membantu mereka menangani kesan sampingan tersebut. 

“Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas.

“Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?

“Terbaru, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelasnya.

Dr Premitha menegaskan, golongan ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh info daripada pihak tidak bertanggungjawab, khususnya di media sosial kerana setiap kehamilan memiliki keunikan tersendiri. 

Beliau turut menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. 

“Suami perlulah mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 

“Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda.

“Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19,” katanya lagi.

Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan setiap hari, Dr Premitha berharap ibu hamil dan menyusu akan terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Ini termasuk membuat keputusan bijak dengan memilih untuk divaksin, berbanding mendengar dakyah serta info mengarut golongan tidak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 23 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 minit yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis