web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Projek Tahun Ini Lebih Baik Tapi Belum Cukup Memuaskan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 1:20PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek-projek pada tahun ini ketimbang tahun lepas adalah lebih baik, tetapi belum cukup memuaskan.

Sehubungan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta semua kementerian mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang dirancang sebelum akhir tahun ini.

"Unjuran perbelanjaan dan perlaksanaan untuk 2023 kena atasi 90 peratus pelaksanaan. Kita harapkan pelaksanaannya dapat dipercepatkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Katanya beliau juga telah meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaraskan kecepatan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam negara.

"Sering kali cabaran yang dihadapi adalah berhubung pelaksanaan keputusan-keputusan utama, termasuk berkaitan projek-projek, itu yang selalu menjadi masalah... kita nak mudahkan cara berurusan," katanya.

Sementara itu, Anwar meminta Bank Negara dan Petronas yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Perdana Menteri berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Rasheed Ghaffour supaya kepakaran itu dimanfaatkan oleh jabatan kerajaan.

"Bidang ICT dalam sektor awam perlu penambakan dan berubah dengan pantas, seiring dengan perubahan bidang ICT yang disifatkan mencabar dan luar biasa pada masa kini," katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ICT di negara ini, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

"Ini soal transformasi digital, peralihan tenaga, hala tuju baharu bagi perindustrian, itu semua persoalan menggapai sesuatu yang tinggi, tetapi dalam menggapai langit jangan kita lupa untuk berakar di bumi... kita juga harus fikir masalah masalah asas rakyat seperti harga barang, tandas sekolah dan jalan berlubang" katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar