Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Laporan Kenaikan Harga Ayam Selepas Pengapungan - Armizan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 4:23PM

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menunjukkan tanda harga selepas sidang media pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2025 di Pertubuhan Kebajikan Jaya Sri hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu bermula Rabu lepas.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemantauan pasukan penguatkuasa kementerian itu sehingga semalam mendapati ayam standard di Semenanjung dijual pada harga serendah RM5.79 per kilogram (kg).

"Bagaimanapun ada juga yang dijual sedikit tinggi sehingga RM10.50 per kg seperti di Mentakab, Temerloh serta Pasar Awam Matang, Perak dan pasukan penguat kuasa sentiasa memantau perkara itu kerana kita mengambil pendekatan libat urus dengan peniaga, bukannya terus mengambil tindakan perundangan.

"Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, saya mendapat arahan terus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turun memantau harga di sana kerana beliau mendapat makluman harga ayam lebih mahal berbanding Semenanjung," katanya kepada pemberita dalam sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, di sini hari ini.

Armizan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati situasi di Sabah sedikit unik memandangkan ayam bersih super lebih popular di negeri itu berbanding ayam standard.

"Jadi memang harganya (ayam super) mahal sedikit berbanding ayam biasa dengan paling murah dijual pada harga RM10 dan boleh mencecah RM13 90 per kg, namun hakikatnya harga itu pun lebih rendah daripada harga kawalan di Sabah dahulu iaitu RM11.30 per kg" katanya 

Beliau berkata harga ayam bersih di Sarawak pula boleh didapati pada serendah RM9.90 per kg namun mencecah RM18.90 di beberapa kawasan seperti Lawas dan Limbang kerana desakan kos logistik.

Pada masa sama katanya KPDN turut melakukan intervensi menerusi penganjuran Jualan Rahmah dan Agro Madani di kawasan yang berdepan isu bekalan ayam dan harga.

"Namun saya nak maklum juga hakikatnya dari dahulu lagi harga ayam di Semenanjung memang lebih murah berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan atas beberapa faktor dan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan harga ini pastinya memerlukan sedikit masa dan kerjasama kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, mengulas laporan media berkaitan harga barangan keperluan asas meningkat sehingga 64 peratus di Pulau Pinang, Armizan berkata KPDN memantau rapi isu itu dan telah mengeluarkan tiga notis maklum balas kepada peniaga meminta penjelasan punca harga dinaikkan pada kadar kurang wajar. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 1 hari yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

oleh Diyana Nawwar